Thursday, February 7, 2013

SAYEMBARA PUISI ‘DUNIA BARU’ GKLN ASIA-AUSTRALASIA 2013



SYARAT-SYARAT SAYEMBARA



1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
-         * Sedang mengikuti pengajian/bekerja di negara-negara Asia dan Australasia kecuali negara Timur Tengah seperti berikut:
1)      Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara
2)      India/Pakistan
3)      Korea Selatan
4)      Jepun
5)      China, Hong Kong, dan Taiwan
6)      Australia
7)      New Zealand 
-         * Baru menyelesaikan pengajian (pulang ke tanah air) dari negara-negara tersebut dalam tempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikh tutup penyertaan 
       
      2. Tema sayembara adalah ‘Dunia Baru’. Tafsiran terhadap tema adalah bebas dan bersesuaian, merangkumi isu semasa dunia dan tempatan, juga pergolakan politik, sosial, ekonomi, nilai dan moraliti peringkat setempat mahupun di peringkat global. Peserta juga boleh menyinggung isu berkaitan sejarah dengan melihatnya melalui perspektif semasa, perpecahan dan kelemahan masyarakat dunia hari ini (khasnya umat Islam). Selain daripada itu isu sains dan teknologi serta futuristik termasuk perubatan, pencemaran, dan pembangunan turut menepati tafsiran ‘Dunia Baru’ ini.

3. Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog/facebook, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari laman tersebut sebelum keputusan diumumkan. 

4. Peserta bebas menghantar seberapa banyak puisi untuk penilaian, tetapi setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah. Karya-karya lain yang baik akan dipilih untuk dibukukan dalam antologi.

5. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, facebook, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 

6. Panjang puisi adalah bebas, tetapi mestilah tidak kurang daripada 10 baris. 

7. Beberapa karya terpilih (samada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan dalam antologi GKLN 2013.

8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2013. 

9. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. 

10. Hantarkan penyertaan anda ke kfgibran@gmail.com berserta butiran berikut:
- Nama dan Nama Pena
- Umur dan tarikh lahir
- Alamat di Malaysia
- Jurusan dan tahun pengajian
- Universiti/Kolej
- Tarikh tamat pengajian dan tempat kerja (jika berkenaan)

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG!



Pertama: RM 200 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


Kedua : RM 170 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)

Ketiga: RM 130 (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


3x Hadiah Saguhati: RM 50 setiap satu (karya pemenang akan dibukukan dalam antologi GKLN)


*** Karya-karya terpilih (walaupun tidak memenangi hadiah) akan dibukukan dalam antologi puisi GKLN 2013